Monday, May 5, 2008

PowerRun 10K Story


Date : 27th April 2008 (Sunday)
Start time : 7.30am
Venue : Dataran Merdeka, KL
Distance : 10.00++km
Timing: 90min++ a.k.a Sejam setengah lebih

T-shirt aku
No Bib Dan Resit

Hari Khamis dan jumaat aku ada rasa-rasa muka panas semacam jerr, tidur malam tak selesa sekejap panas, sekejap sejuk... Dan akhirnya Sabtu petang aku air hingus mula meleleh dan aku start besin. Sah aku kena selsema tapi tak teruk sangat.

Tetapi memandangkan esok ada power run aku belasan panadol 2 bijik sebelum tidur....

Bangun dalam pukul 6.15 am siap-siap baju letak nombor, wallet, duit, kunci, air 100 plus sebotol dll. Dlm 6.40 am start enjin keta, jalan clear so dalam 7.05 am dah sampai kat dataran. Pi parking kat belakang padang, dekat siott......
Rasa demam ada lagi ni..... aduh .....tidor la sekejap.. Hopefully lepas lari 10 KM terus demam semua hilang.....

Lepas bangun tidooo - tido dalam keta - Baru nak pakai kasut
Fauziyah Gimik

7.15 am Bergerak masuk dalam kandang terus pi barisan depan sekali.... Ingat boleh masuk TV ka sekali lagi..... tapi tak der pun org TV.... Kalau sapa-sapa tengok gambar, yang pengang botol air tu lah aku........ Power run di rasmikan oleh Tim. Menteri Wilayah Persekutuan.. Siap salam dengan semua orang kat depan lagi.. termasuk aku. Aku sengih jer kot-kot masuk TV ka News Paper ke..

Dalam Kandang. Aku kat depan sekali pegang botol air teh.... jangan marah


7.30 am Start ..... Aku pecut gila-gila walaupun tak ada strectching...... sampai kat kat traffic light aku dah pancit, terpaksa lah slow down a little bit... kalau tak mau pengsan akuuuu baru 25 m. Lepas tu nampak sorang uncle ni lari pelan-pelan so aku ikut je lah dia punya step......
Baru 20 minit Anne dah potong aku..... tapi tak per aku tengah demam ni...... Sampai kat Bulatan Jalan Duta, ingat ada air tapi tak ada aitr nasib baik aku bawak air. Maintain lagi, follew uncle tadi......

Sampai kat Jalan Parlimen kaki aku rasa panas, biasanya telinga rasa panas, tapi kali ni tapak kaki rasa panas.....

Akhirnya sampai kat padang dataran merdeka Menara Jam pun terus berbunyi..... Bermakna dah pukul 9 pagi...... Air yang aku bawak dari starting line, setitik pun aku tak minum.
Penat Gilerrr - Demam tak hilang....

Beratur untuk ambil air Milo... punya lah ramai, terus aku cancel. Pi beratur ambil air mineral je dua tiga cawan. Jumpa Anne dan Fauziah. Fauziah tak lari, perut sakit... Anne sampai sebelum pkl 9 (sebelum loceng berbunyi).

Last sebelum balik... gi minum kat Bukara.. Order Tosei + Telur separuh masak 2 bijik + Teh O Limau tak ada gula...

Balik rumah Demam+Batuk+Selsema+Sakit Tekak. Petang Hari Ahad pi Klinik Mamor Ambil MC 2 hari...... Doktor siap bagi garam rehydation lagi...